 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
LensaKahwin - Jurugambar Perkahwinan Melaka, Gambar Kahwin
 Jurugambar Perkahwinan Melaka Gambar Kahwin Melaka By: Mohd Latif
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Wednesday, 15-Apr-2009 12:13 |
Email | Share | Bookmark |
|
Pesta Gendang Nusantara KE - 6
|
|
Pesta Gendang Nusantara telah pertama kalinya diadakan di Negeri Melaka pada tahun 1995 sempena sambutan Perayaan Bandaraya Melaka Bersejarah. Dengan aspirasi pucuk pimpinan Kerajaan Negeri Melaka dan hasil kerjasama Kementerian Kebudayaan dan Kesenian Malaysia, cendekiawan budaya, penggiat dan insan seni seNusantara, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah selaku penganjur, mempertemukan kesenian gendang dari negeri-negeri Nusantara di Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand dan lain-lain. Keindahan irama gendang yang disulami dengan tarian-tarian Melayu Nusantara pasti menggamit naluri anda ketika menatap keindahan Budaya Bangsa warisan seNusantara.
Kini, Pesta Gendang Nusantara tersenarai dalam kalendar pelancongan atau 'signature event' bagi Malaysia dan mendapat publisiti besar-besaran di dalam dan luar negara. Sempena sambutan Ulangtahun ke-6 Bandaraya Melaka Bersejarah, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah sekali lagi dengan bangganya membawakan kepada anda Pesta Gendang Nusantara XII dengan tema “Serentak-Seirama, Senada-Sebudaya” dalam irama tempatan Dondang Sayang, joget dan zapin sebagai teras persembahan.
Bandaraya Melaka Bersejarah akan bergegar kembali, dengan gema gendang dan keindahan tarian Melayu Nusantara dan juga Jemputan Antarabangsa !
Mohd Latif
hp: 012 2772755
email: lensakahwin@gmail.com
:: LensaKahwin - Jurugambar Perkahwinan Melaka ::
:: Pakej Album Gambar Kahwin Melaka ::
:: Pakej Perkahwinan Berpatutan ::
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
 |
|
|
|